Assalamualaikum wbt & Salam 1 Malaysia..
Pada minggu 1, saya dan rakan-rakan telah diajar bagaimana cara untk mencari bahan dan maklumat menggunakan enjin pencari bahan. Enjin pencari bahan yang digunakan seperti google, yahoo dan banyak lagi. Pada minggu 1 ini, saya dan rakan-rakan diminta untuk mencari bahan kepada dua kategori iaitu alamat internet dan kataog internet. Pada mulanya, amat rumit dengan rangkaian wi-fi yang terhad, membataskan saya untuk mencari bahan terutama semasa mencari bahan bagi audio dan video. Ini kerana ada beberapa website yang disekat seperti youtube, 4shared dan lain-lain lagi. Namun, itu semua tidak melemahkan semangat saya untuk meneruskan pencarian. Saya berusaha dengan mencari bahan menggunakan wi-fi sendiri yang menyambungkan wi-fi hotspot mobile sendiri. Kini, segala maklumat telah lengkap dan aktiviti bagi minggu 1 telah siap sepenuhnya.
Refleksi Minggu 2
Assalamualaikum wbt & Salam 1 Malaysia
Pada minggu 2 ini, saya dan rakan-rakan diminta untuk mencari bahan bantu mengajar berdasarkan huraian sukatan pelajaran bagi kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Dalam aktiviti minggu 2, saya telah memilih HSP KSSR Bahasa Melayu Tahun 2. Saya telahpun mendapatkan HSP KSSR BM Tahun 2 dan mula menyiapkan tugasan bagi aktiviti Minggu 2 ini. Semasa menyiapkan tugasan ini, saya mengalami kekeliruan bagi ketiga-tiga kemahiran. Namun, dengan usaha dan bantuan rakan-rakan, saya menyiapkan tugasan ini dengan penuh berhati-hati agar tidak mengalami kesilapan. Akhirnya, tugasan tersebut berjaya disiapkan walaupun kerja tersebut tertangguh kerana kekeliruan yang dialami.
Refleksi Minggu 3
Assalamualaikum wbt & Salam 1 Malaysia
Pada minggu 3, tugasan bagi sesi pembelajaran adalah membuat brochure dan powerpoint. Bagi brochure berdasarkan tajuk etika penggunaan internet, manakala power point pula berdasarkan tajuk Sistem Hak Cipta di Malaysia.. Terdapat beberapa kekeliruan dalam pemilihan bahan. Namun, perbincangan bersama rakan dan pensyarah pembimbing menyelesaikan masalah tersebut. Bagi membuat brochure, terdapat kesukaran kerana kurang kemahiran. Tetapi, bagi power point pula, kelebihan menyebelahi kerana kemahiran sedia ada tersebut sering diaplikasikan dalam sesi pembentangan. Akhirnya, tugasan tersebut berjaya disiapkan.
Refleksi Minggu 4
Assalamualaikum wbt & Salam 1 Malaysia..
Pada Minggu 4, video "Perigi Biru" telah diberikan. Saya dan rakan sekelas dikehendaki untuk mengedit video tersebut menggunakan perisian WonderShare. Keseronokan dirasai kerana ini merupakan pengalaman baru bagi saya dan rakan sekelas. Langkah demi langkah diajar demi mendapatkan hasil edit yang amat menarik. Akhirnya tugasan tersebut berjaya disiapkan.
Refleksi Minggu 5

Pada minggu 5, membina tapak pembelajaran merupakan tugasan yang perlu disiapkan. terdapat banyak cabaran, seperti melaksanakan aktiviti selaras dengan objektif, membina aktiviti pengayaan dan pemulihan bagi murid dan menyesuaikan setiap aktiviti mengikut aras keupayaan murid. Hasil yang telah siap diperlihatkan kepada pensyarah pembimbing untuk memperbaiki segala kekurangan yang ada. Akhirnya, tugasan tersebut siap walaupun kerja bertangguh.

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam